Followers

Sunday, July 15, 2012

Kulit muka dah Gelap!





Assalammualaikum,,
Peace ^_^

Hai...Rasa macam dah lama tak update blog.....Rindu sangat kat blog....Rasa macam nak gila tak jumpa blog(ai Cik Puan Muda Iqa ni dah Gila kE)Hahaha..

Berbalik pada tajuk blog Cik Puan Muda Iqa hari ini 'kulit muka dah gelap!'...Oh tidak....Setiap orang yang bergelar remaja mersti takut gelap kan....oh tension...Tahu hari tu tak datang sekolah...Maklumlah Hari Sukan Sekolah diadakan selama 3 hari...Mana tak gelapnya 3 hari berjemur macam "orang putih"...Dari pagi sampai tengah hari...


Tadi Cik Puan Muda Iqa belek-belek lah kat blog siapa-siapa tadi macam-macam petua....Produk muka lah,Petua cerahkan kulit lah,entah apa lagi...Macam-macam jumpa...

Sambil-sambil tengah cari ni...Nak kongsikanlah sedikit apa yang cCik Puan Muda Iqa ni cari mengenai petua Memutihkan Kulit muka....


Petua Pertama:


Petua memutihkan kulit muka dengan gula...(oh...macam bagus je,,Tapi tak pernah dengar)


1. Basuh dan bersihkan muka anda dulu daripada segala kekotoran dengan air bersih. 
2. Kemudian, lapkan muka dengan tisu basah jika ada. Kalau tiada, lapkan dengan tuala lembut yang bersih.

3. Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai.

4. Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut.

5. Sambil menyapu, urut kulit muka anda secara membulat sekitar 5-10 minit.

6. Lepas tu, biarkan ia seketika dalam 10 minit.

7. Seterusnya, bilas muka anda untuk menghilangkan sisa gula tadi.
8. Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk bagi menutup liang pori yang terbuka.

Amalkan cara ini seminggu sekali sehinggalah kulit anda secerah yang diinginkan.



Petua Kedua:


Petua memutihkan kulit muka menggunakan kopi...
~ 1/2 kg biji kopi

~ Sedikit minyak zaitun

~ Sedikit tepung sengkuang

Caranya;

1. Tumbuk biji kopi sampai halus.

2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.

3. Kacau kesemua bahan hingga rata.
4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.

5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.

6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.

7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.


Ok lah tu sebenarnya ada banyak lagi nak kongsi kan...Kalau banyak sanagt bosan pula anda semua nak baca..Dan nak ucapkan selamat mencuba...Dan jangan putus asa nak putih kan kulit muka....




Terima kasih kerana sudi membaca~

2 comments:

Assalammualaikum~Sila
tinggalkan komen anda~
SATU pun jadilah~